Temp files

      

    

    

 

SERIAB, 28 Februari – Satu majlis penghargaan khas telah diadakan di Pejabat Penerbit UniMAP sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan oleh Prof. Madya. Ir. Dr. Hafiz sepanjang dua tahun (1 Mac 2017 hingga 28 Februari 2019) sebagai Pengarah, Penerbit UniMAP.

Sepanjang tempoh dua tahun di bawah pimpinan Prof. Madya Ir. Dr. Hafiz pelbagai perancangan dan penambahbaikan dilaksanakan bagi mengangkat agenda penerbitan ilmiah menjadi satu agenda penting kepada Universiti.

 

Mantan Pengarah Penerbit UniMAP, Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Hafiz Fazalul Rahiman dalam ucapannya turut  melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf Penerbit di atas kerjasama yang luar biasa bagi meraikan majlis penghargaan beliau.