Awang Batil: Tradisi Lisan Perlis – Menyulam Cerita, Memahat Warisan

Madiawati Mamat@Mustaffa, Mohamad Zaki Abdul Halim dan Muhamad Qauyum Zawawi Ahamad Suffin

Available for purchase :
  • Awang Batil bukan sekadar persembahan hiburan biasa justeru merupakan sebuah “arkib hidup” yang merakam pemikiran, humor, falsafah dan kebijaksanaan masyarakat Melayu Perlis masa silam. Buku Awang Batil Tradisi Lisan Perlis: Menyulam Cerita, Memahat Warisan membawa pembaca menelusuri keunikan seni penceritaan lisan ini secara dekat melalui pengalaman pewaris generasi kelima dan terakhirnya, Romli Mahamud (Pak Romli). Selami bagaimana dentingan batil tembaga warisan, alunan serunai dan pemakaian topeng kayu berpadu menghidupkan pelbagai emosi dalam kisah-kisah rakyat seperti Awang Ada Duit Semua Jadi dan Awang Malim Awang Leman. Naskhah komprehensif ini tidak hanya mendokumentasikan alat muzik dan teknik penceritaan, tetapi turut memaparkan cabaran kelestariannya di tengah-tengah dunia yang semakin moden. Hayati denyut nadi kesenian yang kian terpinggir ini. Sebuah naskhah wajib miliki bagi pencinta seni, pengkaji budaya dan seluruh rakyat Malaysia bagi memastikan setiap dentingan batil dan tiupan serunai yang menyimpan suara bangsa ini kekal bergema dan tidak lapuk ditelan zaman.

  • ISBN (Print): ISBN 978-629-7950-04-4

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2026

    DOI: doi.org/10.58915/bk2026.044

    Size: 11.83in X 8.3in

    Price: RM63.00

    Pages: 74

    Discipline :