Penyerahan Wilayah Brunei Kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Pantai Barat Borneo Utara (1877-1902)

Yusry Sulaiman, Biclher Bala, Mohd Kasturi Nor Abd Aziz

DOI: 

Available for purchase :
  • Buku ini memfokuskan kepada proses wilayah Brunei kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di pantai barat Borneo Utara (1877-1902). Penyerahan ini berlaku mengikut fasa penting seperti perjanjian konsesi yang diberikan oleh Sultan Abdul Momin Individu Eropah seperti Baron Von Overbeck & Alfred Dent pada tahun 1877-1878. Kedudukan SBUB semakin kukuh apabila bertapak di Borneo Utara yang mendorong mentadbir rasmi Borneo Utara. Buku ini juga melihat faktor kedatangan Kuasa Barat di Borneo Utara seperti Jerman, Belanda dan Sepanyol, fungsi pemimpin tempatan yang berlaku seperti Pengiran Abdul Rauf yang memimpin orang Bajau dan Dusun semasa berlaku peralihan kuasa. Selain itu, reaksi penduduk tempatan terhadap SBUB dan kesan landskap ekonomi, politik dan sosial di kawasan pantai barat Borneo Utara akan dianalisis. Buku ini menjelaskan bahawa peristiwa ini bukan sahaja mengubah struktur pentadbiran tempatan malahan meninggalkan kesan mendalam identiti dan sejarah masyarakat di Borneo Utara. Buku ini disarankan sebagai bahan bacaan dan rujukan bagi ahli akademik, para pelajar universiti, sekolah dan orang ramai yang berminat dengan sejarah negeri Sabah dan Brunei serta menyasarkan kepada jabatan-jabatan keraajaan seperti Jabatan Muzium Negara, persatuan sejarah dan badan-badan NGO yang berperanan dalam pembangunan sejarah dan warisan negeri Sabah dan Malaysia.

  • ISBN (Print): ISBN 978-629-7715-74-2

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2026

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM51.00

    Pages: 201

    Discipline :