KESEJAHTERAAN HOLISTIK Bersama Melangkah Ke Arah Keseimbangan Kehidupan

Ummi Naiemah Saraih

DOI: 

Available for purchase :
  • Buku ini bukan sekadar panduan, malah ia berfungsi sebagai kompas yang mampu mengarahkan pembaca melalui kompleksiti dan kepelbagaian kehidupan menuju kesejahteraan holistik. Dengan merentasi dimensi-dimensi kesejahteraan fizikal, mental, sosial, ekonomi, dan alam sekitar, setiap bab dalam buku ini memberikan pemahaman mendalam tentang setiap aspek kesejahteraan dalam kehidupan individu. Bermula dari penerangan asas bagi setiap dimensi kesejahteraan hingga kepada strategi amalan yang boleh dipraktikkan, buku ini menawarkan perjalanan yang bermakna untuk memperkaya pembaca dalam mencapai keseimbangan kesejahteraan yang holistik.

    Dengan penekanan yang jelas pada keseimbangan dan penerangan tentang hubungan antara setiap dimensi kesejahteraan, pembaca dibekalkan dengan panduan yang membolehkan mereka mengatasi halangan serta cabaran, sambil meneroka potensi maksimum untuk mencapai kesejahteraan holistik. Setiap bab disusun kemas, menyajikan pelbagai strategi untuk menjaga kesihatan fizikal,  mengurus tekanan, memperbaiki hubungan sosial, mengurus kewangan secara bijak, dan berperanan sebagai pelindung alam sekitar yang bertanggungjawab. Pada bab terakhir, pembaca akan diberi inspirasi untuk meneruskan perjalanan hidup dengan  pengetahuan tentang kesejahteraan spiritual, kesejahteraan digital, dan kesejahteraan kreatif, menjadikan buku ini dorongan dan panduan dalam perjalanan menuju kesejahteraan holistik yang diimpikan.

  • ISBN (Print): ISBN 978-629-7715-39-1

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2025

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM49.00

    Pages: 225

    Disciplines : Swell-Being, Quality of Life