Naratif STEM: Rekayasa Sastera, Bahasa dan Budaya
EDITOR
Sharifah Anis Zarith Syed Dziauddin, Zaliza Zubir, Siti Nurul Jannah Fital
-
Naratif STEM: Rekayasa Sastera, Bahasa dan Budaya menghimpunkan wacana interdisiplin yang merentas dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan sastera, bahasa dan budaya. Buku ini mengetengahkan naratif kreatif dan analitikal yang bukan sahaja memperkaya apresiasi terhadap teks budaya, malah membuka ruang baharu untuk pemindahan ilmu secara inovatif dan inklusif. Melalui perbincangan isu-isu kontemporari seperti digitalisasi bahasa, teknologi dalam pendidikan sastera dan nilai budaya dalam pembangunan teknologi, karya ini membina jambatan antara rasionaliti saintifik dan kehalusan kemanusiaan. Diperuntukkan kepada akademik, pelajar dan pengkaji pelbagai bidang, buku ini mengajak pembaca meneroka sinergi unik antara pemikiran analitik dan estetik dalam kerangka ilmu yang segar dan berwawasan.
-
ISBN (Print): ISBN 978-629-7715-44-5
Imprint: Penerbit UniMAP
Publication date: 2025
DOI: doi.org/10.58915/bk2025.009
Size: 6in X 9in
Price: RM42.00
Pages: 174
Disciplines : Malay language, Malay Literature, Criticism, Interpretation, Literature