Naratif STEM Melalui Lensa Bahasa Melayu

Editor

Siti Nurul Jannah Fital, Sharifah Anis Zarith Syed Dziauddin, Zaliza Zubir

Available for purchase :
  • Buku Naratif STEM Melalui Lensa Bahasa Melayu mengangkat peranan bahasa Melayu sebagai medium utama dalam menyampaikan konsep-konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Metamatik (STEM) melalui pendekatan naratif. Buku ini membuktikan penggunaan naratif berbahasa Melayu mampu menjadikan ilmu STEM lebih mudah diakses, difahami dan dihargai oleh pelbagai lapisan masyarakat, khususnya pelajar pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.  Dengan menumpukan kekuatan bahasa Melayu dalam membina makna, emosi dan konteks budaya, sinergi antara bahasa dan ilmu sains dikaji secara kritis. Buku ini juga menyoroti  cabaran dan potensi dalam memperkasa naratif STEM melalui bahasa kebangsaan.  Usaha ini bukan sahaja menyokong pemerkasaan bahasa Melayu dalam bidang ilmu tinggi, malah menyumbang kepada pembangunan masyarakat celik STEM yang lebih inklusif dan berpaksikan jati diri kebangsaan. Sesuai untuk pendidik, penulis, pengkaji bahasa serta pencinta ilmu, buku ini mengajak pembaca menilai semula hubungan antara bahasa dan sains serta membuktikan bahasa Melayu mampu memperkasa masyarakat Malaysia dalam mendepani cabaran dunia berasaskan ilmu.
  • ISBN (Print): ISBN 978-629-7715-42-1

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2025

    DOI: doi.org/10.58915/bk2025.008

    Size: 6in X 9in

    Price: RM47.00

    Pages: 212

    Disciplines : Science, Technology, Engineering, Mathematics