
TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR TERLAJAK KLIK PADAH DIGEMPUR Dunia Tanpa Sempadan Boleh Membawa kepada Penipuan dalam Talian
Syed Zulkarnain Syed Idrus Al-Saggoff
DOI: doi.org/10.58915/bk2025.004
-
Buku ini merupakan panduan penting untuk kekal selamat di dunia dalam talian atau lebih tepat tanpa sempadan. Daripada pasaran dalam talian palsu dan skim pancingan data kepada penipuan percintaan yang rumit dan penipuan Macau yang terkenal, buku ini mendedahkan strategi-strategi licik yang digunakan oleh penjenayah siber dalam alam siber untuk mengeksploitasi kepercayaan, ketakutan dan kesilapan manusia. Ianya juga membekalkan pembaca tentang amalan-amalan yang boleh diamalkan bagi menghindari daripada terpelusuk ke dalam kancah penipu. Melalui laporan akhbar berita tempatan tentang kes-kes sebenar yang berlaku, buku ini mengupas tentang kaedah yang diguna pakai penipu sehingga dapat menewaskan mangsa tanpa perlu berada di hadapan mereka dan berjaya mendapatkan sejumlah wang dengan begitu mudah. Pengguna teknologi disarankan untuk berhati-hati dan jangan mudah mempercayai sesuatu yang diterima, khusus melalui alam maya. Sentiasa peka dan berwaspada apabila menggunakan platform digital, jangan sampai tersalah langkah dengan terlajak klik. Ianya tak mungkin dapat mundur semula.
-
ISBN (Print):
Imprint: Penerbit UniMAP
Publication date: 2025
DOI: doi.org/10.58915/bk2025.005
Size: 6in X 9in
Price: RM49.00
Pages: 136
Discipline :