Zul-Atfi Ismail

 ISBN  : 978-967-0922-40-9
 Halaman  : 268
 Saiz  : 6" x 9"
 Harga  : RM 50.00

Masalah utama penyelenggaraan bangunan konkrit pra-tuang (KP) adalah tiada integrasi di antara proses pengenalpastian, penilaian, perancangan dan pelaksanaan. Ini mendatangkan masalah di dalam pemindahan maklumat terutama untuk mendapatkan maklumat spesifikasi reka bentuk, sifat atau jenis bahan pembinaan dan rekod pengurusan penyelenggaraan terdahulu. Perkara ini juga menyebabkan perunding atau kontraktor tidak mempunyai pengetahuan dalam menyelesaikan masalah kecacatan yang berkaitan tentang diagnosis, untuk pemulihan kecacatan. Oleh itu, penulisan buku ini adalah untuk memfokuskan kepada ilmu dalam pembangunan sistem yang boleh mengintegrasikan keseluruhan proses dalam pengurusan penyelenggaraan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer (CMMS), mengintegrasikan aplikasi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam proses penilaian dan menambah baik proses perancangan dan pelaksanaan penyelenggaraan. Buku ini akan membantu pembaca dalam memahami proses pengurusan dan teknologi penyelenggaraan dalam projek bangunan KP dan menerangkan tentang pelaksanaan teknologi semasa dan potensi untuk melaksanakan teknologi BIM dalam amalan pengurusan penyelenggaraan. Buku ini juga mengenal pasti kepentingan pengurusan penyelenggaraan yang efektif dalam projek bangunan KP dalam usaha untuk pengendalian yang berkesan pada perkhidmatan bangunan yang mengikut masa, bajet (kos) dan kualiti yang ditetapkan. 

Client Feedback

 

Online Bookstore

 

Katalog Buku 2018

Quotes