Nik Noriman Zulkepli, Sam Sung Ting, Mohd Firdaus Omar

 ISBN  : 978-967-0922-38-6
 Halaman  : 98
 Saiz  : 6" x 9"
 Harga  : RM 29.00

Teknologi Radiasi terhadap Polimer adalah buku rujukan ilmu yang merujuk kepada pengetahuan dalam bidang radiasi, yang berfokuskan kepada bidang polimer. Secara asasnya, sinaran radiasi adalah pelepasan tenaga dalam bentuk haba, zarah atau gelombang elektromagnet/cahaya (foton). Terdapat dua jenis radiasi iaitu radiasi berion dan radiasi tidak berion. Dua sumber radiasi yang sering digunakan dalam proses polimer ialah sumber radiasi yang memancarkan sinar gama dan sumber radiasi yang memancarkan sinar elektron. Selain memberi manfaat kepada ekonomi, teknologi radiasi terhadap polimer juga mempunyai banyak kelebihan teknikal dan juga kepada alam sekitar. Tahap pencemaran yang rendah, penggunaan tenaga yang rendah, serta potensi dalam polimer kitar semula, menjadikannya sebagai teknologi hijau dengan daya tarikan yang luar biasa.Penulisan buku ini telah dikemaskini mengikut keperluan dan kesesuaian para pembaca. Buku ini amat sesuai sebagai bahan rujuan kepada para pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), matrikulasi, diploma, teknikal dan vokasional, sarjana muda dan juga ijazah tinggi memandangkan permintaan yang tinggi terhadap teknologi radiasi dalam konteks keberadaan bahan ilmiahnya.

Online Bookstore

Client Feedback

 

KOLEKSI PENERBITAN