Shuhairimi Abdullah, Wan Nor Ashiqin Wan Ali, Huzili Hussin

 ISBN  : 978-967-0922-39-3
 Halaman  : 212
 Saiz  : 6" x 9"
 Harga  : RM 41.00

Kecemerlangan sesebuah tamadun akan mencerminkan ketinggian budaya yang dipraktikkan oleh sesuatu bangsa. Budaya dapat digilap dan ditonjolkan melalui setiap yang diperlakukan oleh individu. Budaya sihat yang dapat mencerminkan kecemerlangan sesebuah tamadun perlu bertepatan dengan tuntutan agama dan selari dengan fitrah manusia. Selain itu, isu-isu yang berkaitan dengan ketamadunan pada masa kini semakin kompleks dan berdepan dengan cabaran teknologi yang semakin pesat sehingga menyumbang kepada nilai-nilai kreatif dan inovatif dalam dunia pengeluaran dan perkhidmatan. Pergantungan manusia kepada teknologi juga menyebabkan teknologi dirasakan segala-galanya. Justeru, ia memerlukan kepada satu formula yang konkrit bagi mengatasi permasalahan yang berlaku dalam masyarakat agar tidak kronik. kerangka pembangunan insan yang ideal perlu bersesuaian dengan kondisi semasa, budaya, ideologi masyarakat kini dan berteraskan kepada petunjuk keagamaan agar sesebuah tamadun itu dapat dicemerlangkan.

 

Online Bookstore

Client Feedback

 

KOLEKSI PENERBITAN