Nazel Hashim Mohamad
ISBN | : 978-967-0922-65-2 |
Halaman | : 206 |
Size | : 6" x 9" |
Harga | : RM 44.00 |
Kumpulan Cerpen Surat dari Ibu Kota merupakan himpunan 17 buah cerpen yang dihasilkan oleh Nazel Hashim Mohamad dari tahun 1971 sehingga tahun 1981. Cerpen-cerpen ini kebanyakannya telah diterbitkan di dalam beberapa buah kumpulang cerpen, namun terdapat sebuah cerpen yang belum pernah disiarkan di mana-mana. Cerpen-cerpen ini secara umumnya mengangkat tema kebejatan sosial dan masalah masyarakat pada dekad 70an. Pengarang dengan bijak mengetengahkan maksud tersirat yang bersembunyi dalam kisah-kisah realiti masyarakat. Penggunaan dialog yang dilihat mendominasi gaya kepengarangan Pak Nazel telah memudahkan pembaca untuk memahami isi penyampaian beliau. Apa yang menarik, cerpen-cerpen yang telah dinukilkan lebih 30-40 tahun ini tetap relevan sehingga sekarang. Membaca cerpen-cerpen dalam naskhah ini akan membawa pembaca untuk memuhasabah masalah masyarakat pada hari ini tetapi dilukiskan dengan latar masa berpuluh-puluh tahun lalu. Apakah masyarakat kita masih terkepung dengan permasalahan dan cabaran yang serupa, meskipun negara telah bergerak maju sejak mencapai kemerdekaan? Biarlah pembaca mencari jawapannya sendiri.