Temp files

      

    

    

 

 

    

Editor: Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Muhammad Safwan A’Seri dan Sivarajan Ponniah

ISBN : 978-967-0922-61-4
Halaman : 268
Saiz : 6" x 9"
Harga : RM 48.00

Dunia Melayu: Keintelektualan, Kepimpinan, Konflik dan Perjuangan menghimpunkan sembilan isu mengenai proses dan cabaran yang perlu ditempuhi dalam memastikan kelangsungan institusi pemerintahan. Buku ini tertumpu kepada aspek senario politik serta sosioekonomi di Aceh, Indonesia dan negeri-negeri Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Selangor, Terengganu, Perak, Melaka, Pahang dan Johor. Penulisan ini tidak hanya bersandarkan tentang sejarah dunia Melayu, sebaliknya berdasarkan catatan sahih yang dirujuk kepada ‘Hikayat Aceh’, ‘Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah’, ‘Macam-Macam Ingatan dan Lawatan Yang Maha Mulia Sultan’, ‘Salasilah dari Al-Marhum Baginda Omar hingga kepada Al-Marhum Sultan Sulaiman’, ‘Manuskrip Mantera Gajah’ serta ‘Koleksi Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid’. Beberapa siri peperangan seperti Perang Kedah-Siam serta Perang Klang turut dibincangkan bagi memperlihatkan pergelutan kerajaan Melayu dalam pengukuhan aspek politik. Isu penentangan terhadap penubuhan Malayan Union sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 turut dikupas bagi menunjukkan konflik dan perjuangan masyarakat Melayu.