Temp files

      

    

    

 

 

Nazel Hashim Mohamad

 ISBN  : 978-967-0922-60-7
 Halaman  : 322
 Saiz  : 5.5 inch x 8.5 inch
 Harga  : RM 44.00

Kumpulan Cerpen: Dan Aku Mengerti Juga merupakan himpunan 29 buah cerpen yang ditulis pada tahun 1981 hingga tahun 1992 yang pernah diterbitkan di dalam beberapa buah kumpulan cerpen  pada tahun-tahun ‘80an dan ‘90an. Cerpen-cerpen ini berlatarkan suasana kehidupan masyarakat pada zaman suku akhir abad ke-20. Ia menyentuh isu sikap manusia dan keagamaan dalam kehidupan seharian. Cerpen-cerpen yang diketengahkan dalam buku ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi pengarang sewaktu beliau berkecimpung di dalam dunia pendidikan, di samping sebagai orang kampung dan pemerhati masyarakat. Kisah-kisah yang dituliskan  sesungguhnya ada kelainan dengan cerpen yang ada pada hari ini. Penggunaan ayat, pemilihan kata  dan pengolahannya jelas memperlihatkan gayanya yang santai dan tersendiri sifatnya berbanding dengan penulis-penulis lain. Membaca cerpen dalam Kumpulan Cerpen: Dan Aku Mengerti Juga ini akan menimbulkan rentetan persoalan kepada pembaca dan mengajak pembaca kembali kepada manusiawinya.

 Koleksi Terbitan

 

 

Client Feedback

Penerbit UniMAP

E-Catalogue 2019

 

 

Ucaptama Tahunan Naib Canselor 2019

 

 UniMAP Journal Website

IJNeaM
IJBT
JERE
JOHDeC
AMCI