SOROTAN SEJARAH PERLIS, PENGASASAN, PENGUKUHAN INSTITUSI DAN WARISAN

EDITOR : Nasha Rodziadi Khaw, Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Nazarudin Zainun

DOI: 

Available for purchase :
  • Buku ini memberi fokus kepada tiga aspek penting dalam sejarah Perlis iaitu Pengasasan dan pembangunan negeri Perlis di bawah kepimpinan Wangsa Jamalullail; Pengukuhan kedaulatan serta institusi berkerajaan negeri Perlis; Warisan tinggalan arkeologi dan numismatik. Maklumat mengenai peristiwa pembebasan Perlis dari Kedah diterangkan dalam manuskrip tradisional Melayu, sumber Siam dan British. Pengasasan Perlis sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat bermula dengan permasyhuran Syed Harun Jamalullail sebagai Penghulu Arau (menantu Sultan Kedah), yang seterusnya dikukuhkan oleh pengabsahan Siam (1843) dan British (1909). Pengukuhan dan penerusan kewujudan Perlis sebagai entiti politik yang bebas dan berwibawa diteguhkan oleh institusi dirajanya. Warisan bunga emas dan mata wang Belanja Balad Al-Perlis pula adalah antara lambang kemandirian negeri tersebut. Pergerakan politiknya pada pasca-Perang Dunia Kedua terserlah melalui penubuhan PKMM Perlis selain sumbangan tokoh politik Syeikh Ahmad Mohd Hashim yang berani, dinamis dan bijaksana. Perlis juga kaya dengan khazanah kesusasteraan Melayu serta bukti awal perkembangan Islam melalui penemuan batu Aceh. Tafsiran baru ini telah memperkayakan lagi naratif negeri Perlis.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-0922-93-5

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2020

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM49.00

    Pages: 237

    Discipline :