KEUSAHAWANAN ISLAM DI MALAYSIA

Shuhairimi Abdullah, Solahuddin Abdul Hamid

DOI: 

Available for purchase :
  • Penulisan keusahawanan Islam akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu semasa yang sering dibincangkan dalam keusahawanan. Ini kerana, persoalan kemanusiaan sentiasa bersifat kompleks dan dinamis bersesuaian dengan realiti dan kondisi sesuatu masyarakat. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh manusia demi meneruskan kelangsungan kehidupan di muka bumi dengan sejahtera khususnya dalam konteks keusahawanan. Topik perbincangan ini dimulakan dengan konsep keusahawanan kemudian diikuti dengan konsep keusahawanan Islam. Selanjutnya, perbincangan difokuskan kepada kedudukan ilmu keusahawanan dari sudut muamalah Islam. Bagi memberi gambaran yang jelas, konsep usahawan berjaya dikupas dengan mengambil kira pandangan al-Quran dan hadis supaya para pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep pandang semesta Islam berkaitan keusahawanan. Penulisan ini juga turut membincangkan cabaran yang dihadapi dan peranan kerajaan serta kepentingan pembudayaan keusahawanan Islam pada masa kini. Semua perbincangan ini disertai dengan contoh-contoh semasa yang relevan dengan negara Malaysia pada hari ini. Adalah diharapkan pembaca dapat mengambil faedah daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-0922-95-9

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2020

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM47.00

    Pages: 166

    Discipline :