Pantun Pak Nazel: Kedinamikan Pantun Melayu

Nazel Hashim Mohamad

DOI: 

Available for purchase :
  • PANTUN telah wujud dalam masyarakat Malayu di Nusantara ini sejak berzaman. Ia adalah satu daripada sekian  banyak genre dalam sastera, dan ia hanya terdapat dalam dunia Melayu. Ini sesuatu yang membanggakan, sehingga ada bangsa yang cuba menirunya, terutama Perancis dan Inggeris dengan istilah pantoum. Cara penyampaiannya juga berbeza-beza mengikut wilayah. Namun  rima pada hujung barisnya tetap dikekalkan. Ini tidak perlu dilanjutkan kerana pembaca sendiri pernah dan dapat menghayatinya apabila mendengar atau membacanya. Dalam buku kumpulan Pantun Pak Nazel: Kedinamikan Pantun Melayu (buku kumpulan pantun yang ke-14) oleh Nazel Hashim Mohamad atau lebih dikenali sebagai Pak Nazel, yang sederhana ini, Pak Nazel   telah memilih dan  menggunakan kata-kata atau istilah-istilah daripada  bahasa Inggeris, khususnya yang telah menyebati dalam bahasa Melayu, dalam maksud pantun yang dinukilkan. Ini bermakna bahasa Melayu itu tidak statik sifatnya. Itulah uniknya bahasa Melayu, mudah menerima istilah-istilah asing jika ia dapat dimanfaatkan dalam bahasanya. Malah Pak Nazel  menyediakan pula indeks bagi memudahkan  pembaca untuk mencari kata atau istilah yang dihajatkan. Ini juga merupakan suatu pendekatan baharu dalam dunia penulisan pantun kita. Maka hayatilah kumpulan Pantun Pak Nazel: Kedinamaikan Pantun Melayu yang amat istemewa persembahannya ini dengan tenang tetapi kritis dalam mencari apa yang tersirat di dalam bait-baitnya. 
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-15-7

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2022

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM31.00

    Pages: 108

    Discipline :