pengenalan kepada pengurusan era baharu

Razli Ahmad

DOI: 

Available for purchase :
  • Buku ini bertajuk ‘Covid-19 Mendepani Cabaran Ekonomi dan Keusahawanan.’ Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi 17 artikel yang diperolehi daripada para penulis yang berlatarbelakangkan ekonomi dan keusahawanan dari tiga buah universiti tempatan, iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS). Perbincangan topik ekonomi dan keusahawanan dibincangkan secara terperinci dan teliti serta disesuaikan dengan realiti yang berlaku pada masa kini. Ketika mana Malaysia berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, sudah pastilah negara berdepan dengan kemelut dan krisis ekonomi, kesihatan, sosial dan sebagainya yang berpanjangan. Kondisi yang berlaku sangat parah, malah memberi kesan yang negatif kepada rakyat Malaysia sehingga mengakibatkan pelbagai kesan yang berlaku dalam pelbagai bidang keperluan kehidupan. Dalam masa yang sama juga, ekonomi Malaysia turut memberi kesan kepada pelbagai sektor perkhidmatan penting, industri utama, hiliran, industri kecil dan sederhana, peniaga kecil dan penjaja jalanan. Situasi ini tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi berlaku di peringkat global bergantung kepada kebijaksanaan pihak pemerintah untuk melaksanakan plan pemulihan dengan kadar segera dan juga kerjasama yang bersepadu dalam kalangan rakyat untuk sama-sama berperang dan dapat keluar segera daripada kemelut penyakit yang merbahaya ini. Justeru itu, buku ini cuba untuk menggarapkan penemuan kajian dan penyelidikan yang telah dihasilkan dalam aspek ekonomi dan keusahawanan ketika berdepan dengan pandemik Covid-19. Semoga ia memberi manfaat yang berfaedah kepada para pembaca.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-32-4

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2022

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM50.00

    Pages: 237

    Discipline :