pantun pak nazel (berirama dengan teka teki)

Nazel Hashim Mohamad

DOI: 

Available for purchase :
  • Pantun Pak Nazel: Berirama dengan Teka-teki ini adalah karya pantun teka-teki sulung Pak Nazel. Kehadiran karya ini, suatu catatan sejarah peribadi buat diri beliau dalam penciptaan pantun. Baik pantun mahupun teki-teki diklasifikasikan sebagai genre puisi Melayu tradisional. Mencipta kedua-dua genre puisi ini memerlukan bakat, ilmu dan kebijaksanaan yang tinggi. Satu hal, teka-teki terdapat dalam dua bentuk, prosa dan juga puisi yang lazimnya dalam bentuk pantun. Prasyarat bagi teka-teki, semestinya terdapat soalan yang menuntutkan jawapan bagi tujuan menduga akal. Bagi membina soalan yang penuh kesamaran dalam kerangka pantun yang begitu ketat dengan tuntutan cirinya, baik dari segi jumlah kata, suku kata, baris, rima akhir serta bahagian pembayang dan maksud tentunya memerlukan gemblengan tenaga, usaha, masa serta kreativiti selain bakat, ilmu dan kebijaksanaan yang tinggi. Dalam keadaan usia yang lanjut, semangat, kegigihan dan kemahuan yang ada pada diri Pak Nazel berjaya juga akhirnya memandu kudrat yang kurang bagi melahirkan karya sulung pantun teka-teki ini. Kehadirian karya ini menjadikan keseluruhan karya pantun ciptaan Pak Nazel berjumlah 15 buah semuanya dengan pertambahan 310 rangkap bagi meningkatkan jumlah rangkap ciptaan pantun kepada 13, 177. Sesungguhnya, angka-angka ini menjadi legasi keramat Pak Nazel buat tatapan anak generasi bangsa di hari muka bagi dihayati keindahannya serta dicerap madu ilmunya buat pedoman kehidupan. Sebagai kelaziman, dalam karya pantun teka-teki seperti ini Pak Nazel tidak ketinggalan menyediakan jawapan bagi setiap teka-tekinya.
  • ISBN (Print): ISBN 978-967-2829-29-4

    Imprint: Penerbit UniMAP

    Publication date: 2021

    DOI:

    Size: 6in X 9in

    Price: RM26.00

    Pages: 51

    Discipline :