Suhairimi Abdullah & Ku Halim Ku Arifin
ISBN 978-967-5415-33-3
260 pages
RM 46.00
6 inch x 9 inch
Buku ini memerihalkan nilai-nilai murni dan disiplin dalam keusahawanan Islam. Penulisan buku ini cenderung mengupas nilai-nilai murni berdasarkan kepada tafsiran landasan ilmu dan panduan wahyu serta menerangkan konsep keusahawanan Islam dan usahawan berjaya menurut neraca mu`amalah Islam. Secara prinsipnya, setiap bidang kehidupan manusia memerlukan garis panduan dan bimbingan daripada petunjuk wahyu yang bertindak sebagai kuasa eksklusif untuk dipatuhi oleh manusia. Usahawan menurut kerangka mua`malah Islam ialah individu yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang bertindak menjana dan memakmurkan sumber-sumber ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah untuk kesejahteraan manusia dan kemakmuran alam.