Norlia Mohamad Ibrahim, Nur Liza Rahim, Syakirah Afiza Mohammed, Roshazita Che Amat, Kamarudin Hussin & Mohamad Tamizi Selimin

ISBN 978-967-5415-43-2

84 halaman

RM 35.00

6 inch x 9 inch

Buku Sistem Binaan Berindustri ini mendedahkan para pembaca mengenai sistem pembinaan bangunan yang lebih praktikal dan mesra alam iaitu menggunakan sistem binaan berindustri. Buku ini turut menerangkan sejarah ringkas penggunaan sistem binaan secara berindustri yang sebenarnya telah wujud beberapa dekad yang lalu. Ia juga menyentuh secara ringkas perkembangan sistem ini dari semasa ke semasa. Antara tajuk yang terkandung di dalam buku ini ialah penerangan tentang konsep kebolehbinaan dan sistem modular yang digunakan dalam reka bentuk binaan. Konsep ini amat penting difahami bagi memastikan proses reka bentuk dan pembinaan dapat berjalan dengan lancar dan dapat menjimatkan masa. Tajuk-tajuk lain yang terkandung dalam buku ini termasuklah penskoran dalam sistem binaan berindustri, reka bentuk dan pemasangan serta perkembangan sistem binaan berindustri di Malaysia. 

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes