Norazian Mohamed Noor, Noridah Yangman, Ain Nihla Kamarudzaman, Ayu Wazira Azhari, Nabilah Aminah Lutpi, Kamarudin Hussin, Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah & Abdul Haqi Ibrahim

ISBN 978-967-5415-37-1

104 halaman

RM 30.00

6 inch x 9 inch

 

Panasnya hari ini! Pernahkan anda mendengar rungutan atau keluhan seperti ini keluar daripada mulut masyarakat sekitar anda? Atau anda sendiri pernah mengalami hal ini. Anda tidak salah, data-data yang ada memang menunjukkan bumi kita mengalami peningkatan suhu yang amat merisaukan sejak akhir-akhir ini. Hal ini berkait langsung dengan isu global yang kebelakangan ini makin hangat diperkatakan oleh masyarakat dunia iaitu pemanasan global. Ironinya, kesedaran mengenai hal ini dalam kalangan masyarakat amat kurang dan tidak hairan ada dalam kalangan masyarakat, langsung tidak tahu mengenai pemanasan global. Buku ini direalisasikan untuk memberi pengetahuan kepada pembacanya mengenai pemanasan global, punca pemanasan global, kesan-kesannya serta langkah-langkah pencegahan yang perlu dimainkan oleh semua pihak. Buku ini turut membincangkan pelaksanaan Protokol Montreal dan Protokol Kyoto dalam menangani masalah pemanasan global. 

Online Bookstore

 

Quotes