Kamarudin Hussin, Ramlah Adam & Asiah Sarji

ISBN 978-967-5415-54-8

472 halaman

RM 86.00

6.5 inch x 9.5 inch

Buku ini sangat berbeza daripada buku-buku lain yang pernah ditulis mengenai Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6. Pertama, buku ini menelusuri pemikiran Najib di sepanjang pemerintahan beliau daripada 2009 hingga awal bulan Mac 2013 berdasarkan ucapan-ucapan yang dibuat. Kedua, penelusuran ini dibuat berdasarkan pemikiran para saintis dari pelbagai bidang secara objektif dengan menggunakan pendekatan analisis yang wacana. Bidang-bidang yang diliputi ialah kajian strategi, perspektif politik dan pengurusan awam, kajian etnik, kajian media, analisis ekonomi dalam negara dan antarabangsa, pendidikan dan inovasi serta pelbagai lagi. Buku ini sesuai untuk bacaan pengkaji pasca siswazah, pendidik dan pemimpin masyarakat bagi membantu mereka memahami aspirasi Najib dan mengenali siapa sebenarnya pemimpin mereka yang berusaha sangat keras untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu menjelmakan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan perpendapatan tinggi dengan mengaplikasikan pendekatan-pendekatan yang di luar konvensyen.

 

E-Books@Penerbit

 

    

      

     

      

      

                  

Online Bookstore

Quotes