Pengenalan Kepada Pemprosesan Fizikal Mineral

ISBN 978-967-5415-64-7
120 halaman
RM 41.00
6 inch X 9 inch

Umum mengetahui kepentingan mineral dan logam dalam kehidupan manusia seharian. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mempunyai pemahaman jelas berkaitan dengan pemprosesan peringkat awal bahan ini. Situasi ini mengilhamkan para penulis buku ini untuk menghasilkan buku Pengenalan Kepada Pemprosesan Fizikal Mineral . Objektif utama penulisan buku ini adalah untuk memperbanyakkan bahan rujukan berkaitan pemprosesan mineral dalam medium Bahasa Melayu bagi kegunaan para pelajar dan masyarakat secara amnya. Pemprosesan mineral adalah satu kaedah yang digunakan untuk pengekstrakan bijih bagi mendapatkan mineral atau logam berharga yang dikenali sebagai konsentrat. Bermula daripada aktiviti perlombongan, bijih yang dilombong seterusnya akan menjalani beberapa peringkat proses untuk memisahkan konsentrat daripada mineral reja. Antara proses-proses yang terlibat adalah proses pengurangan saiz atau kominusi yang melibatkan proses penghancuran dan pengisaran. Proses penyaringan dan pengelasan pula bertujuan untuk mendapatkan taburan saiz yang dikehendaki untuk proses-proses seterusnya. Proses pemisahan konsentrat pula bergantung kepada ciri-ciri fizikal mineral seperti garviti tentu, kekonduksian dan magnetik manakala pemisahan yang bergantung kepada ciri-ciri kimia permukaan mineral pula adalah melibatkan proses pengapungan. Konsentrat yang terhasil daripada proses yang melibatkan pemisahan menggunakan medium air seterusnya akan menjalani proses penyahairan bagi menyingkirkan kandungan kelembapan konsentrat sebelum dihantar kepada pelebur untuk tujuan peleburan.

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

E-Books@Penerbit

E-Book Preview

(Sempena Konvokesyen Ke-12)

    

      

     

      

      

                  

Malaysiana Grant

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes