Faridah Ibrahim, Normah Mustaffa & Mohd Rajib Ab Ghani

 ISBN  : 978-967-0922-20-1
 Halaman   : 322
 Saiz  : 6" x 9"
 Harga  : RM 63.00

Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘pena itu lebih tajam daripada mata pedang’. Bukankah ini menunjukkan betapa pentingnya penulisan terutama dalam bidang kewartawanan yang sentiasa dihujani dengan maklumat setiap hari. Penulisan kewartawanan inilah yang akan dirungkai dalam buku Penulisan Media Massa. Bakat penulisan perlu diasah mengikut teknik-teknik tertentu, hari demi hari sehingga sebati dengan kehidupan seorang wartawan. Penulisan buku ini adalah antara sebilangan kecil buku mengenai kewartawanan di peringkat tempatan. Bahan rujukan mengenai kewartawanan telah banyak dihasilkan di luar negara, namun buku ini merupakan usaha penulisan tempatan yang menggabungkan ilmu teori dan praktis melalui penyelidikan saintifik dan pengaplikasian pengalaman profesional. Maklumat dalam buku ini adalah komprehensif dan menyeluruh serta mencakupi pelbagai topik penting dalam kewartawanan. Buku ini juga melihat beberapa aspek penulisan dan penyuntingan yang membabitkan bidang kewartawanan media cetak, siaran dan dalam talian (online). Selain itu, ia juga menyentuh soal etika, profesionalisme, undang-undang media serta prinsip kewartawanan yang mementingkan soal sumber berita dan kredibiliti. Maklumat mengenai grafik visual yang menyerlahkan penyampaian berita juga turut dibincangkan. Bahan-bahan yang disampaikan adalah hasil garapan teori dan pengalaman profesional yang dilalui oleh para penulis dalam bidang kewartawanan.

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

E-Books@Penerbit

E-Book Preview

(Sempena Konvokesyen Ke-12)

    

      

     

      

      

                  

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes