Sohiful Anuar Zainol Murad, Mohd Nazrin Md Isa, Ili Salwani Mohamad & Mohd Natashah Norizan

 ISBN  : 978-967-0922-19-5
 Halaman  : 176
 Saiz  : 6" x 9"
 Harga  : RM 48.00

Buku ini membincangkan asas-asas peranti elektronik dan perkara-perkara yang berkaitan dengan uji kaji litar elektronik. Sebelum pengukuran litar dijalankan, ciri-ciri peranti perlu difahami dan persediaan untuk menjalankan uji kaji boleh dimulakan. Apabila sesuatu uji kaji hendak dijalankan, litar elektronik perlu dibina di atas papan litar dan semua peralatan pengukuran perlu ditentukurkan. Kabel-kabel akan disambung di antara peralatan tadi dengan litar di atas papan reka untuk pengukuran. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam buku ini disusun dan diolah dengan cara yang mudah berserta gambar rajah yang berkaitan. Isi kandungannya pula adalah ringkas dengan bahasa yang mudah difahami. Buku ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar yang mempelajari subjek elektronik dan uji kaji litar elektronik. Juga sesuai dijadikan panduan pengajaran dan pembelajaran kepada para pensyarah. Isi kandungannya menitikberatkan pengujian litar elektronik secara praktikal dan dapat membantu pelajar mengendalikan uji kaji di dalam subjek-subjek seperti peranti elektronik dan analog elektronik dengan lebih baik.

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

E-Books@Penerbit

E-Book Preview

(Sempena Konvokesyen Ke-12)

    

      

     

      

      

                  

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes