Tipologi Keperibadian Nilai-nilai Murni dalam Keusahawanan Islam

Shuhairimi Abdullah 

ISBN 978-967-5415-91-3

384 halaman

RM 60.00

6.5 inch x 9.5 inch

 

Tipologi Keperibadian Nilai-Nilai Murni Dalam Keusahawanan Islam memerihalkan dogma-dogma keusahawanan yang disaring dengan timbangan wahyu. Pedoman wahyu ditamsilkan sebagai obor yang menjadi panduan kepada para usahawan untuk berinteraksi dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Berlandaskan kepada pedoman inilah, ia membentuk satu falsafah yang membezakan antara aktiviti keusahawanan bersifat konvensional dengan keusahawanan Islam. Tegasnya, keusahawanan Islam bukan hanya berorientasikan hal untung rugi semata-mata sebaliknya mengambil kira juga unsur-unsur keuntungan pada alam akhirat sebagai bekalan yang akan dibawa oleh para usahawan apabila bertemu dengan Tuannya kelak. Penulisan buku ini juga bukan hanya menyentuh tentang perbincangan aspek nilai-nilai murni sahaja tetapi juga turut memuatkan kajian kes yang berlaku terhadap usahawan berjaya MARA Perlis.

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes