PENYERAHAN MANUSKRIP

  1. Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UniMAP hendaklah terdiri daripada bahan dalam bentuk salinan asal yang bercetak dan softcopy.
  2. Manuskrip hendaklah diserahkan dalam bentuk rata, iaitu tidak berlipat atau bergulung atau cara-cara lain yang boleh menjejaskan proses penilaian oleh Penilai dan dimasukkan ke dalam sampul surat dengan pengikat lembar yang kuat. Penjilidan yang sesuai akan dibuat oleh Penerbit UniMAP.
  3. Manuskrip yang diserahkan kepada Penerbit UniMAP, hendaklah merupakan cetusan idea terakhir penulis dan BUKANNYA suatu draf yang akan diubah kemudiannya.
  4. Semua ilustrasi seperti fotografi, gambar rajah, carta, graf, peta, dan sebagainya hendaklah diserahkan dalam bentuk cetak yang berkualiti dan boleh disertakan secara berasingan daripada teks atau meletakkan terus ke dalam teks. Sekiranya ilustrasi berkenaan disediakan secara berasingan, dinasihatkan supaya setiap ilustrasi berkenaan diberikan tajuk dan nombor di bahagian belakangan. Tajuk dan nombor yang dicatatkan di bahagian belakang ilustrasi hendaklah sama dengan yang tercatat dalam ruang yang terdapat di dalam teks.
  5. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh diajukan terus kepada:

Penerbit UniMAP,
Universiti Malaysia Perlis,
No.98, Aras 1, Blok A,
Taman Pertiwi Indah,
Jalan Kangar - Alor Setar, Seriab
01000 Kangar, Perlis.

Tel : 04-979 8131/04-977 5170

E-mel :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

Koleksi Buku Penerbit

       

                

               

 

 

E-Books@Penerbit

E-Book Preview

(Sempena Konvokesyen Ke-12)

    

      

     

      

      

                  

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes