PANDUAN PENYEDIAAN MANUSKRIP

Perjanjian dan Hak Cipta

Penulis perlu menandatangani perjanjian penerbitan dengan pihak Universiti Malaysia Perlis. Penulis mesti memberi jaminan bahawa karya yang diserahkan untuk penerbitan oleh Penerbit UniMAP tidak melanggar sebarang akta hak cipta yang ada dan penulis berjanji akan membayar ganti rugi kepada Universiti sekiranya jaminan itu dilanggar. Universiti Malaysia Perlis menjadi pemegang hak cipta tunggal dan eksklusif untuk mencetak, menerbitkan dan mengedarkan karya tersebut dalam bentuk yang dipersetujui bersama di semua negara di dalam tempoh hak cipta di sisi undang-undang.

Ganjaran

Ganjaran kepada penulis diberikan dalam bentuk royalti yang dikira berdasarkan kadar royalti semasa menandatangani surat perjanjian.

Pembinaan Manuskrip
  1. Penulis dikehendaki menyerahkan DUA (2) salinan manuskrip akhir yang bercetak bersama dengan salinan manuskrip dalam bentuk softcopy.
  2. Manuskrip hendaklah ditaip dengan kemas, bersih dan selaras dengan menggunakan kertas yang berukuran/bersaiz A4, langkau dua (2) baris dengan sebelah halaman bertaip sahaja.
  3. Penulis hendaklah memastikan supaya setiap halaman teks mempunyai jidar/birai yang berukuran dari kiri 32 mm (1.25"), kanan 32 mm (1.25") atas 25 mm (1.0") dan bawah 32 mm (1.25").
  4. Sesebuah manuskrip ditakrifkan sebagai lengkap apabila ia memenuhi syarat untuk diterbitkan sebagai sebuah buku. Pada umumnya sesebuah buku mengandungi tiga bahagian utama yang terdiri daripada Bahagian Awalan, Bahagian Teks dan Bahagian Akhiran. Oleh itu, Penulis hendaklah memastikan manuskrip yang disediakan mengandungi ketiga-tiga bahagian berkenaan.
    • Bahagian Awalan (prelim) seperti judul buku, halaman dedikasi, kandungan, ilustrasi, senarai jadual, senarai penulis, penyumbang, halaman epigraf, halaman kronologi, halaman prakata, halaman pendahuluan/pengenalan, halaman penghargaan, halaman singkatan simbol. Bagi setiap halaman ini hendaklah dicatatkan/dinomborkan bilangan muka surat (folio) dengan menggunakan angka Roman kecil seperti i, ii, iii, iv, v... dan seterusnya.
    • Bahagian Teks merupakan bahan yang terletak di antara Bahagian Awalan dan Bahagian Akhiran yang terdiri daripada sama ada bahagian, bab dan sub-bab. Halaman teks hendaklah diberi bilangan muka surat (folio) menggunakan angka Arab seperti 1,2,3,4,5 dan seterusnya.
    • Bahagian Akhiran merupakan bahan yang menjadikan rujukan kepada pembaca untuk memahami teks dengan lebih mendalam (mengikut turutan seperti yang tercatat seperti di bawah):
      • Biografi penulis (jika ada)
      • Lampiran (jika ada)
      • Nota (jika ada)
      • Senarai Istilah (jika ada)
      • Glosari (jika ada)
      • Bibliografi (jika ada)
      • Indeks (perlu disediakan oleh Penulis)
  5. Penulis digalakkan mengikut dan menerima pakai Gaya Dewan, American Psychological Association (APA) dan Chicago Manual of Style dalam penyediaan manuskrip seperti penggunaan huruf besar, huruf condong, tanda bacaan, sistem penomboran akronim, ejaan dan tatabahasa.
  6. Penulis manuskrip sains dan kejuruteraan perlu memberi perhatian yang mendalam kepada aspek keseragaman dalam penggunaan istilah, unit ukuran, dimensi, simbol, rumus matematik, tanda-tanda teknikal dan lain-lain. Penggunaan aspek di atas hendaklah mengikut piawai Gaya Dewan.
  7. Reka letak teks sebaik-baiknya hendaklah diberikan perhatian di peringkat mula penyediaan manuskrip menurut peringkat-peringkat di bawah:
    • TAJUK BAB - boleh dibuat dalam huruf besar, atau huruf besar dan huruf kecil, dan diletakkan sama ada di tengah-tengah, santak ke kiri atau ke kanan menggunakan saiz taip yang sesuai.
    • Pecahan tajuk kepada subtajuk boleh dibuat tetapi pecahan lebih daripada LIMA (5) subtajuk tidak digalakkan. Pecahan subtajuk boleh dibuat dengan menggunakan panduan status pecahan seperti berikut:

 1. Subtajuk Pertama
     - TERDIRI DARIPADA HURUF BESAR DAN BOLD;

2. Subtajuk Kedua
    - Terdiri Daripada Huruf Besar, Huruf Kecil, dan Bold;

3. Subtajuk Ketiga
    - Terdiri Daripada Huruf Besar, Huruf Kecil, Bold dan Italik;

4. Subtajuk Keempat
    - TERDIRI DARIPADA HURUF BESAR DAN MEDIUM;

5. Subtajuk Kelima
   - Terdiri Daripada Huruf Besar, Huruf Kecil Dan Italik; 

add CONTOH

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

Koleksi Buku Penerbit

       

                

               

 

 

E-Books@Penerbit

E-Book Preview

(Sempena Konvokesyen Ke-12)

    

      

     

      

      

                  

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes