PANDUAN PERMOHONAN PENERBITAN BUKU

Penerbit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan ke arah membantu dan menggiatkan staf akademik menghasilkan karya asli atau terjemahan bagi kegunaan para pelajar di samping menyediakan bahan bacaan umum kepada masyarakat seluruhnya.

Bagi memastikan proses penerbitan dapat ditangani secara lancar, penulis atau bakal penulis dinasihatkan supaya menjadikan garis panduan ini sebagai bahan rujukan sepanjang menguruskan kerja-kerja penulisan atau penyediaan manuskrip (disebut juga taip skrip).

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

Permohonan Menulis

Setiap permohonan menerbitkan buku boleh dibuat dengan menghantar manuskrip yang telah disiapkan atau pun menghantar kertas cadangan menerbitkan karya bagi manuskrip yang belum siap. Penulis yang berminat untuk menghasilkan penulisan karya disarankan supaya menghantar permohonan kepada Penerbit UniMAP dengan mengemukakan pemohonan dengan mengisi Borang Pemohonan Penerbitan Buku bersama-sama manuskrip.

Prosedur ini adalah untuk memudahkan proses mengemukakan cadangan menghasilkan karya asli kepada Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan sama ada layak atau tidak karya tersebut diterbitkan. Kelulusan adalah bergantung pada kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penerbitan. Sekiranya pemohonan yang dihantar lengkap proses penerbitan akan mengambil masa selama tujuh [7] bulan untuk proses penilaian, penyuntingan, pra cetak dan percetakan. Bagaimanapun jangka masa ini tertakluk kepada tempoh masa diambil untuk proses penilaian dan penyuntingan manuskrip.

Selamat Datang

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

Koleksi Buku Penerbit

       

                

               

 

 

E-Books@Penerbit

E-Book Preview

(Sempena Konvokesyen Ke-12)

    

      

     

      

      

                  

Pautan Penerbit UA

  

  

 

  

  

        

 

Quotes