office-1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penerbit Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2014 setelah dinaiktaraf sebagai Pusat. Penerbit UniMAP ialah sebuah pusat yang mempergiatkan aktiviti penerbitan karya-karya ilmiah dalam kalangan ahli-ahli akademik yang bertujuan menyokong rancangan pembelajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti. Penerbit UniMAP dahulunya dikenali sebagai Unit Penerbitan telah mula ditubuhkan pada 15 Ogos 2003 hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Universiti, Bil. 1. 2003 dan diletakkan pentadbiran di bawah Jabatan Perpustakaan UniMAP sehingga pada tahun 2010. Pada tahun 2010 selari dengan perkembangan dan keperluan mengembangkan aktiviti penerbitan universiti dan keperluan mewujudkan sebuah penerbit yang diiktiraf.Unit Penerbitan distrukturkan semula dan diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor dan diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Prof. Madya Dr. Salmah Ayob. Sejak ditubuhkan Unit Penerbitan menggunakan imprint Penerbit Universiti Malaysia Perlis pada setiap bahan terbitannya dan menerima pelbagai karya dalam semua genre ilmu seperti sains, kejuruteraan, sains sosial dan kemanusiaan.. Antara jenis penerbitan diberi tumpuan ialah penerbitan buku karya asli ilmiah, buku separa ilmiah, buku ilmiah popular, buku rujukan, buku terjemahan, modul pengajaran, modul makmal, jurnal, prosiding, siri syarahan umum dan terbitan khas universiti. Terbitan pertama yang dihasilkan ialah Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Kejuruteraan pada tahun 2004. Manakala buku pertama yang diterbitkan ialah Power System Fundamentals pada tahun 2006. Kini Penerbit UniMAP telah menerbitkan lebih 90 judul buku dan mempunyai jurnal di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

Online Bookstore

 

Katalog Buku 2018

Quotes