Temp files

      

    

    

 

Pesta Buku Kedah sudah tidak asing lagi dan menjadi tradisi di negeri jelapang padi itu saban tahun. Penerbit UniMAP juga tidak melepaskan peluang pada kali ini,dengan menyertai pesta buku yang dinantikan oleh rakyat Kedah dan sekitarnya.  Pesta buku yang bertemakan “Melestarikan Budaya Membaca” bermula pada jam 10.30 pagi hingga 10.00 malam setiap hari, turut disertai oleh 43 pempamer bagi memeriahkan lagi suasana Pesta Buku Kedah pada kali ini. Buku-buku dari pelbagai genre dijual dengan harga yang berpatutan dan lebih murah daripada harga biasa. Pelbagai acara disusun sepanjang program, termasuk beramah mesra bersama kartunis dan penulis jemputan, aktiviti mewarna, santai bersama penyanyi jemputan dan pelbagai lagi acara menarik. Dianggarkan seramai 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan umur telah mengunjungi “booth” jualan pada hari pertama pesta buku ini berlangsung sehingga ia melabuhkan tirainya pada 29 Julai 2018.

 Koleksi Terbitan

 

Client Feedback

Penerbit UniMAP

E-Catalogue 2019

 

 

Ucaptama Tahunan Naib Canselor 2019

 

 UniMAP Journal Website

IJNeaM
IJBT
JERE
JOHDeC
AMCI