Pertanyaan? +604 977 5166 / +604 979 7795 011 5890 3774

S: Apakah Jenis bahan terbitan yang diterbitkan di Penerbit UniMAP?

J: Jenis bahan penerbitan yang diterbitkan oleh Penerbit UniMAP ialah Buku Karya Asli Ilmiah, Jurnal, Monograf, Terbitan Khas Universiti, Buku Karya Suntingan dan Modul Pengajaran

 

S: Bagaimana cara membuat permohonan untuk menerbitkan karya anda?

J: Anda boleh membuat permohonan melalui dua (2) kaedah iaitu:
I. Menghantar manuskrip yang telah lengkap.
II. Menghantar kertas cadangan yang mengandungi maksud dan jelas tentang penerbitan karya anda.

 

S: Adakah manuskrip saya akan dinilai sebelum diterima terbit?

J: Ya. Semua manuskrip yang dihantar akan dibuat penilaian pakar bidang dari luar terlebih dahulu. Hasil laporan penilaian yang dikemukakan oleh Penilai akan menjadi asas pertimbangan Penerbit UniMAP dan Jawatankuasa Penerbitan sama ada manuskrip diterima terbit atau tidak.

 

S: Bagaimanakah royalti dibayar kepada Penulis?

J: Royalti akan dibayar dengan kadar setara dengan amalan Penerbit lain. Penulis layak menerima royalti pada kadar 10% hingga 20% untuk setiap buku yang diterbitkan berdasarkan jumlah cetakan.

 

S: Siapakah yang menanggung kos penerbitan sesebuah buku?

J: Kos penerbitan, percetakan dan pemasaran ditanggung sepenuhnya oleh Universiti.

 

S: Berapa lama tempoh masa untuk menerbitkan Karya atau hasil penulisan?

J:

I. Bagi menerbitkan sesebuah buku, tempoh masa yang diambil untuk menerbitkannya ialah tujuh (7) bulan.
II. Penerbitan sesebuah jurnal mengambil masa enam (6) bulan.
III. Modul Makmal dan Pengajaran mengambil masa selama satu (1) bulan.
IV. Terbitan khas pula mengambil masa satu (1) bulan untuk diterbitkan.

 

S: Bagaimana cara untuk saya melihat katalog Penerbit UniMAP?

J: Anda boleh memuat turun PDF katalog Penerbit UniMAP dari laman web https://penerbit.unimap.edu.my/ , dan klik pada icon E-Catalogue 2019

 

S: Bagaimanakah cara untuk membuat Belian buku Penerbit UniMAP melalui dalam talian?

J: Anda boleh membuat pembelian buku dari laman web https://www.unimappress.com.my/ pada bila-bila masa. Sekiranya anda seorang pelanggan baru, anda perlu membuat akaun terlebih dahulu. Kemudian sekali log masuk, dari halaman kategori subjek atau buku anda boleh memilih buku, tambah pilihan buku anda ke dalam troli belian anda.

 

S: Adakah cara pembelian selain dari pembelian dalam talian atau bolehkah pembelian dibuat melalui e- dagang?

J:

Pembelian boleh dibuat melalui Telefon atau Fax & E-Mail

Telefon: + 604-977 5166/7795

Faks: + 604-977 5135

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Belian juga boleh dibuat melalui https://shopee.com.my/unimappress dan https://www.lazada.com.my/shop/unimap-press-books-online/

Kami juga menjemput anda untuk melawat Kedai Buku Penerbit UniMAP (akan dibuka)

 

 

S: Saya beli buku yang rosak. Bagaimana saya mahu menggantikan dengan yang baru?

J: Pertama sekali, kami memohon maaf kerana naskah yang anda beli itu rosak. Kami sentiasa memastikan yang kualiti percetakan kami adalah tinggi dan sempurna. Walau bagaimanapun, aka nada sedikit masalah dalam proses cetakan dari masa ke semasa, namun dalam kuantiti yang minimal.

Sekiranya anda mengalami masalah demikian anda boleh datang sendiri ke Penerbit UniMAP/ Kedai Buku atau mengeposkan buku tersebut ke;

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

NO. 98, ARAS 1, BLOK A, TAMAN PERTIWI INDAH, JALAN KANGAR-ALOR SETAR, SERIAB,

01000 KANGAR, PERLIS

MALAYSIA.

Telefon: + 604-977 5166/7795

Faks: + 604-977 5135

Sila kemukakan bukti resit dan buku asal dan nyatakan sekali nama penuh, alamat dan nombor telefon anda. Sila juga nyatakan dari mana naskhah anda dibeli, ini akan membantu kami bagi mengesan kesilapan yang berlaku .