Pertanyaan? +604 977 5166 / +604 979 7795 011 5890 3774

Unit Penerbitan telah ditubuhkan pada 15 Ogos 2003 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Universiti Bil 1 (2003) dan telah dinaikkan status ke Pusat Penerbitan atau dikenali juga sebagai Penerbit UniMAP pada 1 Januari 2014. Penerbit UniMAP adalah sebuah pusat yang dipertanggungjawabkan untuk mempergiatkan aktiviti penerbitan karya-karya ilmiah dalam kalangan ahli-ahli akademik yang bertujuan menyokong rancangan pembelajaran dan penyelidikan. Di samping itu, ianya adalah salah satu usaha penyebaran ilmu kepada masyarakat umum.

Sejak ditubuhkan, Penerbit UniMAP menggunakan imprint Penerbit Universiti Malaysia Perlis pada setiap bahan terbitannya dan menerima pelbagai karya dalam semua genre ilmu seperti sains, kejuruteraan, sains sosial dan kemanusiaan. Terbitan pertama yang dihasilkan ialah Jurnal Penyelidikan dan Pendidikan Kejuruteraan pada tahun 2004. Antara jenis penerbitan yang diberi tumpuan ialah penerbitan buku karya asli ilmiah, buku separa ilmiah, buku ilmiah popular, buku rujukan, buku terjemahan, modul pengajaran, modul makmal, jurnal, prosiding, siri syarahan umum dan terbitan khas universiti. Sehingga kini, Penerbit UniMAP telah menghasilkan sebanyak 300 judul buku.