Pertanyaan? +604 977 5166 / +604 979 7795 011 5890 3774

Buku terbitan Penerbit UniMAP berjudul Surat dari Ibu Kota telah dipilih sebagai penerima Anugerah Buku Negara 2019 kategori Sastera  ‘Antologi Cerpen Terbaik’. Antologi ini  adalah karya Nazel Hashim Mohamad atau lebih dikenali dengan nama penanya Pak Nazel  yang juga adalah tokoh sastera daripada Angkatan Sasterawan Indera  Perlis  (AKSARA). Anugerah telah disampaikan pada 1 April 2019 di Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Anugerah ini secara tidak langsung adalah pembakar semangat dan galakan kepada Penerbit UniMAP dalam meningkatkan bilangan penerbitan pelbagai genre yang lebih berkualiti pada masa depan.