SELAMAT DATANG

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

    iushrm

kkedatangan  uni-fm

PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN PENERBITAN BUKU

Bagi manuskrip yang belum siap atau dalam cadangan menerbitkan buku boleh mengemukakan cadangan awal karya yang ingin dihasilkan. Pemohon juga boleh menggunakan Borang Pemohonan Penerbitan Buku untuk menghantar cadangan menerbitkan buku atau boleh mengemukakan Kertas Cadangan sendiri berdasarkan aspek- aspek berikut:

  1. Tajuk Buku Yang Dicadangkan
    • Penulis perlu mencadangkan satu tajuk yang sesuai dan relevan dengan kandungan manuskrip supaya memberi kesan kepada pembaca.
  2. Sinopsis (250 -800 patah perkataan)
    • Sinopsis yang disediakan harus memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut:
      • Kepentingan buku tersebut.
      • Kesesuaian khalayak pembaca. Siapakah pembaca yang disasarkan?
      • Skop topik atau bab yang akan dimasukkan dan sebab mengapa perlu dimasukkan.
  3. Rajah, Gambar, Ilustrasi dan Kebenaran Hak Cipta
    • Penulis yang akan menggunakan rajah, gambar, ilustrasi dan sebagainya yang dipetik atau diambil daripada pelbagai sumber harus mendapat kebenaran daripada pemilik hak cipta. Jika terdapat sebarang ilustrasi, jadual, rajah atau sebagainya, ia hendaklah dinyatakan jumlah ataupun anggaran jumlahnya. Bagi gambar pula, penulis hendaklah menyatakan penggunaan gambar tersebut sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna serta jumlah keseluruhan gambar yang digunakan bagi kedua-dua jenis.
  4. Senarai Kandungan
    • Setiap bab yang terdapat dalam manuskrip ini hendaklah disenaraikan untuk menunjukkan struktur bab disusun secara jelas. Penulis juga perlu membuat ulasan ringkas (anggaran 100 – 200 patah perkatan setiap bab) yang memberi gambaran tentang idea utama kandungan bab tersebut.
  5. Pengguna Sasaran
    • Ia hendaklah menyatakan pengguna sasaran karya tersebut, sama ada untuk pelajar, lepasan ijazah, umum, atau sebagainya. Jika ia dihasilkan sebagai bahan rujukan bagi sesetengah bidang kursus sahaja, senarai kursus-kursus yang terlibat hendaklah dinyatakan.
  6. Persaingan
    • Penerangan mengenai buku-buku seumpama yang terdapat di pasaran hendaklah disenaraikan. Ia hendaklah mengandungi:
      • Nama penulis.
      • Tajuk buku.
      • Penerbit.
      • Tahun diterbitkan.
      • Harga.
      • Jumlah muka surat.
    • Di samping itu, penulis hendaklah menyatakan perbandingan berbezaan di antara karya beliau dan buku-buku tersebut. Penulis juga boleh menyatakan kekuatan serta kekurangan buku-buku tersebut serta perbandingan tajuk-tajuk yang terdapat dalam setiap buku.
  7. Tempoh Masa
    • Bagi karya yang masih dalam penulisan, penulis hendaklah menyatakan tempoh masa yang diperlukan untuk menghabiskan penulisan tersebut.
  8. Latar Belakang Penulis
    • Penulis hendaklah menyatakan ringkasan biografi seperti latar belakang pendidikan, pengalaman dan kepakaran penulis. Bagi penulis yang pernah menghasilkan karya penulisan, beliau hendaklah menyenaraikan hasil karya yang pernah diterbitkan. Sekiranya manuskrip ditulis bersama atau berkumpulan, pengarang utama perlu menyertakan latar belakang penulis-penulis lain.

QUOTES

Qoutes Dec16

Join Us On

Less-20P

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
NO. 98, ARAS 1, BLOK A, TAMAN PERTIWI INDAH, JALAN KANGAR-ALOR SETAR, SERIAB, 01000 KANGAR, PERLIS
NO. TEL: 04-977 5159 | NO. FAKS: 04-977 5135

   UPM3     logo-uthm-web     Logo Penerbit USIM     logousmnew    utmLogo1logo2ukm    logoumt    UPSI png

   | POLISI KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | HAKCIPTA