Kuala Lumpur, 5 Jun 2024- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai PBAKL telah berlangsung selama 10 hari bermula dari 24 Mei sehingga 2 Jun 2024. Ianya menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh para peminat buku dan pembaca tegar sejak 41 tahun penganjurannya bermula pada tahun 1981.

Pauh, 28 April 2024 - Penerbit UniMAP lancar 13 judul buku berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam usaha memperbanyakan bahan rujukan dalam bidang latihan teknikal dan vokasional.

KANGAR, 25 Mac 2024 – Penerbit UniMAP dan Pusat Pengurusan Penyelidikan telah menganjurkan Bengkel Pemindahan Tesis kepada Buku Ilmiah Berimpak yang diadakan pada 25-26 Mac 2024 di  Aras 2, Bangunan Canselori, Kampus Pauh Putra. Bengkel telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr.Rizalafande Che Ismail.

KANGAR, 10 Mei 2024 – Penerbit UniMAP berbesar hati menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik  Sakri Abdullah daripada Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan delagasi ke  Penerbit UniMAP.

KANGAR, 1 Februari 2024 – Penerbit UniMAP rangka strategik dan penetapan KPI  serta  hala tuju bagi tahun 2024 dalam Bengkel Perancangan Strategik dan KPI 2024 yang telah diadakan pada 29-31 Januari 2024.

Bengkel yang diadakan di Penerbit UniMAP dan Hotel Putra Regency, Kangar ini disertai 11 orang Staf Penerbit UniMAP. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas tentang hala tuju jabatan, merangka strategik berkesan serta mengkaji semula pelan strategik dan penetapan KPI tahun 2024.