SELAMAT DATANG

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

    iushrm

kkedatangan  uni-fm

PEMBERIAN ROYALTI / HONORARIUM
Buku-buku yang diterbitkan akan diberikan royalti dengan kadar 10% hingga 20% daripada harga buku yang dibayar mengikut jumlah cetak. Semua bayaran Penyunting, Penterjemah dan pengarang buku dikecualikan daripada peraturan dan konsultansi Universiti. Kadar royalti yang diterima dikecualikan daripada cukai untuk jumlah yang ditetapkan.
Dalam penerbitan jurnal, para penyumbang tidak diberi sebarang honorarium atau royalti, kecuali off-print. Manakala bagi bentuk penerbitan lain, sejumlah honorarium yang kecil dibayar dibayar terutama untuk penyunting sesebuah karya (Volume Editor) atau Editor Umum yang melakukan kerja-kerja penyuntingan.

GANJARAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENULIS, PENTERJEMAH, PENYUNTING TERJEMAHAN DAN LAIN-LAIN
Pada dasarnya buku-buku yang diterbitkan akan diberikan royalti dengan kadar 10% hingga 20% daripada harga buku dan dibayar mengikut jumlah cetak. Dalam penerbitan jurnal, para penyumbang tidak diberi sebarang honorarium atau royalti, kecuali off-print. Manakala, bagi bentuk penerbitan lain sejumlah honorarium yang kecil dibayar, terutama;

  1. Untuk penerbitan buku karya asli yang dihasilkan melalui J/k Penerbitan Universiti, Penulis amnya diberi royalti 10% hingga 20% daripada harga buku dan dibayar mengikut mengikut jumlah cetakan.
  2. Kadar bayaran terjemahan ialah sepuluh (10) sen satu perkataan mengikut budi bicara J/k Penerbitan, berdasarkan kepada bilangan perkataan di dalam buku asal, sama ada buku itu dalam bidang sains atau sastera.
  3. J/k Penerbitan Universiti akan membayar lima [5] sen untuk setiap perkataan yang disunting kepada sesiapa yang dilantik untuk membuat kerja penyuntingan.
  4. Karya yang dihasilkan oleh lebih daripada seorang, pembayaran dibahagikan kepada semua penulis dengan syer yang sama atau apa-apa persetujuan lain oleh penulis. Sekiranya sesuatu buku mengandungi satu koleksi esei yang dikumpulkan oleh seorang penyunting, pembahagian akan mengikut kadar 25:75, iaitu 25% adalah untuk penyunting manakala 75% dikongsi oleh semua penyumbang.
  5. Pihak J/k Penerbitan Universiti juga memberi perkhidmatan urus setia untuk menaip hasil-hasil terjemahan ataupun penulisan buku Bahasa Melayu yang dijalankan oleh kakitangan akademik. Bantuan untuk menaip manuskrip diberi hanya setelah terjemahan atau karya tersebut diluluskan oleh J/k Penerbitan Universiti. Untuk menjalankan kerja ini di luar waktu pejabat, seorang jurutaip akan dibayar kadar yang berikut:
    1. Bayaran RM1.00 untuk satu muka surat teks berukuran 'A4' ditaip dalam komputer dalam jarak ganda dua salinan.
    2. Bayaran RM2.00 untuk satu muka surat yang mengandungi teks dan rajah-rajah tertentu atau jadual-jadual statistik mengikut budi bicara J/k Penerbitan.
    3. Jurutaip yang menjalankan kerja penaipan di luar waktu pejabat mestilah mendapat kebenaran Naib Canselor terlebih dahulu. J/k Penerbitan Universiti tidak akan membayar tuntutan yang tidak mendapat kebenaran. Pelantikan jurutaip boleh dilakukan terus oleh Penulis/Penterjemah sendiri.
  6. Penulis/Penterjemah bertanggungjawab menyediakan rajah untuk buku yang akan diterbitkan. Walau bagaimanapun, untuk penerbitan yang mempunyai lukisan seni bina, pelan, gambar foto dan sebagainya yang rumit, bantuan bayaran dengan had maksimum RM500.00 akan diberikan tertakluk kepada budi bicara Pengerusi J/k Penerbitan Universiti.
  7. J/k Penerbitan Universiti juga membayar wang sebanyak RM 300-RM 700 (Maksimum) kepada penilai karya asli.
  8. Pengulas/Penilai karya terjemahan pula akan dibayar RM100.00 untuk satu bab yang dinilai.
  9. Semua bayaran kepada Penyunting, Penterjemah dan Penulis buku dikecualikan daripada peraturan-peraturan konsultansi Universiti.

GANJARAN YANG DIBERIKAN KEPADA PENULIS, PENTERJEMAH, PENYUNTING TERJEMAHAN DAN LAIN-LAIN

No.  Jenis Bayaran  Kadar 
1. Royalti (buku karya asli, buku mewah, buku ilmiah popular). 10% hingga 20%
2. Honorarium (Penilai, Penyunting, dan penyelenggara buku). RM 700 (maksimum) per manuskrip
3. Upah Terjemahaan. RM 0.10 per perkataan

4. 

 

 

Penyemakan Pruf.

Untuk halaman bersaiz 5.5in x 7.5 in dan 6 in x 9 in

Untuk halaman bersaiz 7 in x 10 in atau lebih besar

 

RM 1.00

RM 1.70

5. Upah penyediaan indeks. RM 0.10 per indeks

6.

 

Upah menaip untuk halaman teks sahaja.

Halaman mengandungi teks, simbol, rumus, rajah dan jadual.

RM 1.00

RM 2.00 halaman

7. Penyuntingan. RM 0.05 per perkataan
8. Bantuan Penyediaan ilustrasi. RM 500.00 (maksimum)
9. Atur huruf. RM 8.00- RM 15.00 per halaman
10. Penyuntingan naskhah. RM 0.03 per perkataan
11. Perekaan kulit buku. RM 300.00-RM 500.00
12. Bantuan Penulisan. RM 1000.00

 

QUOTES

Qoutes Dec16

Join Us On

Less-20P

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
NO. 98, ARAS 1, BLOK A, TAMAN PERTIWI INDAH, JALAN KANGAR-ALOR SETAR, SERIAB, 01000 KANGAR, PERLIS
NO. TEL: 04-977 5159 | NO. FAKS: 04-977 5135

   UPM3     logo-uthm-web     Logo Penerbit USIM     logousmnew    utmLogo1logo2ukm    logoumt    UPSI png

   | POLISI KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | HAKCIPTA