SELAMAT DATANG

Kami mengucapkan selamat datang ke web rasmi Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Sebarang bantuan atau permasalahan sila emelkan ke penerbitan@unimap.edu.my atau hubungi talian 04 977 5159

 

    iushrm

kkedatangan  uni-fm

FAQ PENERBITAN

 

 

S: Apakah Jenis bahan terbitan yang diterbitkan di Penerbit UniMAP?

J: Jenis bahan penerbitan yang diterbitkan oleh Penerbit UniMAP  ialah Buku Karya Asli Ilmiah, Jurnal, Monograf, Terbitan Khas Universiti, Buku Karya Suntingan dan Modul Pengajaran

 

 

S: Bagaimana cara membuat permohonan untuk menerbitkan karya anda?

J: Anda boleh membuat permohonan melalui dua (2) kaedah iaitu:
     I.    Menghantar manuskrip yang telah lengkap.
    II.    Menghantar kertas cadangan yang mengandungi maksud dan jelas tentang penerbitan karya anda.

 

 

S: Adakah manuskrip saya akan dinilai sebelum diterima terbit?

J: Ya. Semua manuskrip yang dihantar akan dibuat penilaian pakar bidang dari luar terlebih dahulu.  Hasil laporan penilaian yang dikemukakan oleh Penilai akan menjadi asas pertimbangan Penerbit UniMAP dan Jawatankuasa Penerbitan sama ada manuskrip diterima terbit atau tidak.

 

 

S: Bagaimanakah royalti dibayar kepada Penulis?

J: Royalti akan dibayar dengan kadar setara dengan amalan Penerbit lain. Penulis layak menerima royalti pada kadar 10% hingga 20% untuk setiap buku yang diterbitkan berdasarkan jumlah cetakan.

 

 

S: Siapakah yang menanggung kos penerbitan sesebuah buku?

J: Kos penerbitan, percetakan dan pemasaran ditanggung sepenuhnya oleh Universiti.

 

 

S: Berapa lama tempoh masa untuk menerbitkan Karya atau hasil penulisan?

J: I. Bagi menerbitkan sesebuah buku, tempoh masa yang diambil untuk menerbitkannya ialah tujuh (7) bulan.
II. Penerbitan sesebuah jurnal mengambil masa enam (6) bulan.
III. Modul Makmal dan Pengajaran mengambil masa selama satu (1) bulan.
IV. Terbitan khas pula mengambil masa satu (1) bulan untuk diterbitkan.

 

QUOTES

Qoutes Dec16

Join Us On

Less-20P

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
NO. 98, ARAS 1, BLOK A, TAMAN PERTIWI INDAH, JALAN KANGAR-ALOR SETAR, SERIAB, 01000 KANGAR, PERLIS
NO. TEL: 04-977 5159 | NO. FAKS: 04-977 5135

   UPM3     logo-uthm-web     Logo Penerbit USIM     logousmnew    utmLogo1logo2ukm    logoumt    UPSI png

   | POLISI KESELAMATAN | DASAR PRIVASI | PENAFIAN | HAKCIPTA