PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2025 (PBAKL 2025) KEMBALI LAGI

Begin an enlightening journey with this comprehensive guide crafted to navigate the complexities of university life, brimming with over 130 practical tips for students to apply in their academic pursuits. Exploring academic strategies, campus dynamics, and valuable insights from someone who has been there and done that, this book is your roadmap to academic excellence and a fulfilling university experience. Uncover ways to maximise resources, build vital relationships, and embrace unconventional learning approaches. Leveraging their extensive experience studying at renowned universities and thriving in diverse professional settings abroad, the authors offer invaluable wisdom derived from their personal paths. This book is a reservoir of essential knowledge, offering not only academic mastery but also vital skills for a successful future.
Buku ini bukan sekadar panduan, malah ia berfungsi sebagai kompas yang mampu mengarahkan pembaca melalui kompleksiti dan kepelbagaian kehidupan menuju kesejahteraan holistik. Dengan merentasi dimensi-dimensi kesejahteraan fizikal, mental, sosial, ekonomi, dan alam sekitar, setiap bab dalam buku ini memberikan pemahaman mendalam tentang setiap aspek kesejahteraan dalam kehidupan individu. Bermula dari penerangan asas bagi setiap dimensi kesejahteraan hingga kepada strategi amalan yang boleh dipraktikkan, buku ini menawarkan perjalanan yang bermakna untuk memperkaya pembaca dalam mencapai keseimbangan kesejahteraan yang holistik.
Dengan penekanan yang jelas pada keseimbangan dan penerangan tentang hubungan antara setiap dimensi kesejahteraan, pembaca dibekalkan dengan panduan yang membolehkan mereka mengatasi halangan serta cabaran, sambil meneroka potensi maksimum untuk mencapai kesejahteraan holistik. Setiap bab disusun kemas, menyajikan pelbagai strategi untuk menjaga kesihatan fizikal, mengurus tekanan, memperbaiki hubungan sosial, mengurus kewangan secara bijak, dan berperanan sebagai pelindung alam sekitar yang bertanggungjawab. Pada bab terakhir, pembaca akan diberi inspirasi untuk meneruskan perjalanan hidup dengan pengetahuan tentang kesejahteraan spiritual, kesejahteraan digital, dan kesejahteraan kreatif, menjadikan buku ini dorongan dan panduan dalam perjalanan menuju kesejahteraan holistik yang diimpikan.
This book covers the fundamental concepts and principles of accounting with a focus on financial accounting. Financial accounting is a specialised branch of accounting that focuses on recording, summarizing and reporting an organization’s financial transactions and preparing its financial statements. The book shows a set of guidelines and standards govern the preparations, presentations and reporting of financial information consistently and transparently. The principles ensure that financial statements are accurate, reliable, comparable and comply with financial reporting requirements. This book takes a ‘back-to-basic’ approach, making it suitable for beginners and students studying accounting for the first time. Overall, Financial Accounting: Principles and Tutorials for Success is a well-written book on principles of accounting that can be a valuable tool for students, providing them with the foundation they need to succeed in their business studies and future careers.
Buku Naratif STEM Melalui Lensa Bahasa Melayu mengangkat peranan bahasa
Melayu sebagai medium utama dalam menyampaikan konsep-konsep Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Metamatik (STEM) melalui pendekatan naratif. Buku ini
membuktikan penggunaan naratif berbahasa Melayu mampu menjadikan ilmu STEM
lebih mudah diakses, difahami dan dihargai oleh pelbagai lapisan masyarakat,
khususnya pelajar pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi. Dengan menumpukan kekuatan bahasa Melayu
dalam membina makna, emosi dan konteks budaya, sinergi antara bahasa dan ilmu
sains dikaji secara kritis. Buku ini juga menyoroti cabaran dan potensi dalam memperkasa naratif
STEM melalui bahasa kebangsaan. Usaha
ini bukan sahaja menyokong pemerkasaan bahasa Melayu dalam bidang ilmu tinggi,
malah menyumbang kepada pembangunan masyarakat celik STEM yang lebih inklusif
dan berpaksikan jati diri kebangsaan. Sesuai untuk pendidik, penulis, pengkaji
bahasa serta pencinta ilmu, buku ini mengajak pembaca menilai semula hubungan
antara bahasa dan sains serta membuktikan bahasa Melayu mampu memperkasa
masyarakat Malaysia dalam mendepani cabaran dunia berasaskan ilmu.
Naratif STEM: Rekayasa Sastera, Bahasa dan Budaya menghimpunkan wacana interdisiplin yang
merentas dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan
sastera, bahasa dan budaya. Buku ini mengetengahkan naratif kreatif dan
analitikal yang bukan sahaja memperkaya apresiasi terhadap teks budaya, malah
membuka ruang baharu untuk pemindahan ilmu secara inovatif dan inklusif.
Melalui perbincangan isu-isu kontemporari seperti digitalisasi bahasa,
teknologi dalam pendidikan sastera dan nilai budaya dalam pembangunan
teknologi, karya ini membina jambatan antara rasionaliti saintifik dan
kehalusan kemanusiaan. Diperuntukkan kepada akademik, pelajar dan pengkaji
pelbagai bidang, buku ini mengajak pembaca meneroka sinergi unik antara
pemikiran analitik dan estetik dalam kerangka ilmu yang segar dan berwawasan.